Qurban & Aqiqah di Kemboja

Thursday 14 August 2014

iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

Assalamualaikum......
   
   Menarik tak tengok tajuk di atas...Ok nak dijadikan cerita, semasa saya tengah  melayari facebook, sedang saya scroll ke bawah, tiba-tiba..... jeng jeng jeng, jari saya terhenti untuk saya scroll kebawah, saya ternampak sesuatu yang menarik perhatian saya, iaitu contest iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger yang dipost oleh Pen Merah.com. Pada mulanya saya ragu-ragu, betul ka ni, ada ke orang nak bagi macam tu je iphone 5s. Saya terus search, rupa-rupanya penganjurnya ialah Denaihati.com.Terus saya percaya, ini kerana saya telah mengenali blog Denaihati.com sejak dulu lagi, dulu pon dia ada juga pernah buat peraduan, tapi tidak kesempatan nak turut serta. Tapi kali ni terasa nak mengikuti pulak. hehehe. Denaihati.com untuk pengetahuan pembaca sakalian, Denaihati.com telah merangkul banyak anugerah antaranya ialah, best of best blog 2012, most creative blog 2013 dan best personal blog 2013. Denaihati.com ini sangat berguna bagi saya sabagai seorang pelajar, ini kerana banyak informasi dan isu isu samasa yang berlaku dapat saya gunakan.

   Ok2, tanpa bercakap panjang lagi, saya nak tulis la serba sedikit, kenapa saya inginkan iphone5s ini, first sekali, sebagai student, course yang saya ambil ini, memerlukan saya untuk mencari banyak informasi tentang dunia politik dan isu semasa yang berlaku di Malaysia mahupun di luar Negara, sebabnya, sekarang saya mampu memiliki handphone tiruan ja, tak mampu nak beli yang original. Memang memang sangat susah dan sangat lambat untuk saya nak mencari informasi jika saya berada dalam kelas or tempat yang susah untuk saya mengangkut saya punya laptop untuk berinternet, kadang kadang handphone saya tu cepat hang, bukan itu saja ia dapat menyenangkan saya untuk mengupdate blog, tapi dengan adanya iphone 5s ini, ia memudahkan saya untuk mengakses internet dengan lebih laju dan tidak lambat. Memang selama ini saya telah menaruh impian untuk memiliki iphone 5s ini, saya sangat berharap untuk mendapatkannya. Saya harap impian saya menjadi kenyataan. Aminnn...Banyak kelebihan yang terdapat dalam iphone 5s ini. Antaranya ialah:








Ketahanan rangka iphone
Apple telah mempertingkatkan kualiti bahan bagi iphone 5 ini dan mengaplikasikan teknologi terkini bagi memastikan iphone 5 ini jauh lebih tahan lasak terhadap hentakan dan gegaran. Banyak ujian yang dilakukan mengesahkan iphone 5 lebih tahan lasak dan tidak mudah rosak/pecah berbanding telefon pintar jenama lain.

Skrin yang lebih besar dan terang
Skrin 4-inci baru membolehkan anda melihat banyak maklumat pada sekali gus. Dan paparan kini 18% lebih cerah daripada paparan pada iPhone 4S.

Design yang lebih menarik
iPhone 5 memberi rasa elegan dan menarik apabila dibawa ke mana-mana. Skrin layar yang dipertingkatkan kepada 4 inci dan ianya jauh lebih ringan daripada keluaran terdahulu. Iphone terbaru ini kelihatan lebih nipis, curve yang menarik dan yang paling penting ia telefon pintar paling seksi di pasaran.

Pemproses (processor)
Anatara kelebihan iphone 5 ialah ia menggunakan pemproses berkuasa tinggi iaitu Dual Core A6 yang mempunyai kuasa 2 kali ganda lebih pantas dari pemproses iphone 4s.

Kelajuan Rangkaian Lebih Hebat
IPhone 5 telah terbina dalam teknologi wayarles LTE yang menghubungkan kepada rangkaian lebih cepat. Apatah lagi pengumuman SKMM yang mengatakan lesen LTE sudah diumumkan (akan disiarkan dalam artikel berikutnya). Ini menjadikan muat turun e-mel dan melayari laman web supaya lebih cepat. Kebanyakan muka surat dan e-mel boleh diakses hampir serta-merta. Saya mendapati iPhone 5 (yang sudah diuji) mempunyai ciri ‘Simpan’ untuk membolehkan kita membaca muka surat pada mod offline.

Peningkatan Audio Terutama Pembesar Suara
iPhone 5 mempunyai tiga mikrofon di bawahnya dan teknologi menyahbunyikan latar belakang yang bising ketika kita bercakap. Saya sudah perasan peningkatan kualiti dalam panggilan ketika meletakkannya dalam mod ‘loudspeaker’. Dan jika anda merancang untuk memilih menggunakan fon telinga anda, maka saya mempunyai berita baik. Apple juga memasukkan fon telinga yang baru direka. Fon telinga tersebut lebih selesa berbanding sebelum ini dan muat di telinga anda secara lebih semula jadi. Iajuga datang dengan kasing plastik.
Kamera
Kelebihan iphone 5 iniyang keempat ialah menyediakan kamera yang jauh lebih canggih di mana kamera utama di bahagian belakang berkemampuan 8 megapixel dan dilengkapi dengan mode panorama dan berkemampuan megambil gambar 40% lebih pantas berbanding iphone 4/4s


FaceTime Tanpa WiFi Saja
Anda kini boleh menggunakan FaceTime melalui sambungan selular dan tidak hanya bergantung kepada WiFi semata-mata. Ini bermakna bahawa anda tidak lagi perlu mencari hotspot WiFi sebelum anda boleh memanggil seseorang melalui FaceTime.

Peningkatan Aplikasi E-mel
Aplikasi e-mel telah bertambah baik dalam beberapa cara untuk membuatkan anda lebih cekap. Sebagai contoh, kini terdapat folder e-mel VIP di mana anda boleh melihat semua mesej anda yang paling penting dalam satu senarai tunggal. Ini membolehkan anda untuk membalas e-mel yang paling penting dulu sebelum anda melalui e-mel keutamaan yang lebih rendah.

Pilihan Ciri Panggilan
Anda kini mempunyai lebih banyak kawalan ke atas bagaimana untuk mengendalikan panggilan masuk. Anda boleh menolak panggilan tetapi menghantar mesej teks yang telah ditetapkan kepada orang itu, atau anda boleh menambah satu peringatan untuk memanggil mereka semula kemudian.

Integrasi Facebook dan Twitter Lebih Mendalam
Anda boleh mengakses Facebook dan Twitter dari pelbagai aplikasi lain pada iPhone 5 anda dan kemaskini status catatan dengan hanya beberapa klik.

Aplikasi Passbook
Aplikasi Passbook membolehkan anda untuk menyimpan pelbagai tiket pelbagai di satu tempat. Anda boleh menyimpan pas, tiket filem, dan banyak lagi jenis tiket di dalam app Passbook anda dan mendapatkannya semula kemudian. Kod bar untuk tiket ini boleh diimbas. Malah, Passbook juga dicipta berdasarkan masa dan lokasi juga. Bermakna tiket kapal terbang anda akan muncul di skrin serta merta sekiranya anda baru menjejakkan kaki lapangan terbang.

Peningkatan Siri (Pembantu Maya anda)
Siri kini memahami lebih banyak soalan berbanding sebelum ini. Dia boleh membantu anda dengan mencari restoran yang baik, menghantar e-mel kepada seseorang, menambah peringatan kalendar, dan banyak lagi. Semoga Siri bertambah baik dan memahami sesuatu perkara mengenai negara ini.

Ketahanan Bateri
Kemampuan bateri iphone 5 ini telah dipertingkatkan di mana ia mempunyai kemampuan sehingga 225 jam dalam mode standby berbanding iphone 4s yang hanya mampu bertahan 200 jam sahaja dan ia dapat bertahan 8 jam sekiranya anda ada menggunakan telefon ataupun internet.

4G LTE
Iphone 5 menyediakan sokongan platorm 4G LTE d mana ia menyediakan prkihdmatan internet yang jauh lebih laju.









Tugasan Pertama Cabaran iPhone 5s
  1. Menulis satu entri sebagai tiket untuk ikut serta contest dengan tajuk “iPhone 5s gajet impian setiap blogger”
  2. Pengisian entri adalah bebas tetapi mesti kreatif dan mengikut cara penulisan blog yang betul dengan memasukan :
    • Satu backlinks kepada blog Denaihati.
    • Entri mesti tidak kurang daripada 300 perkataan.
    • Senaraikan semua blog penaja dengan backlinks. Dapatkan senarai penaja di SINI.
  3. Tarikh terakhir menulis entri cabaran iPhone 5s adalah pada 11.59 pm, 24/8/2014.
  4. Peserta diwajibkan meletakan satu banner Denaihati di mana-mana posisi di blog anda. Pilihan banner Denaihati boleh didapati di SINI.
  5. Sila tinggalkan entri cabaran iPhone 5s di SINI.
Semua peserta akan diberi masa dan peluang yang mencukupi untuk bersaing bagi memiliki gajet impian iPhone 5s. Semua penaja juga layak untuk menjadi peserta cabaran iPhone 5s.
Hadiah Cabaran iPhone 5s
Hadiah Utama : Tiga unit iPhone 5s 16GB untuk tiga pemenang
Hadiah saguhati : Wang Tunai akan diumumkan jumlah dan katogeri di entri yang lain.
nak maklumat lebih lanjut sila lah layari laman web ini...  http://denaihati.com/tiga-iphone-5s-untuk-dimiliki
Tunggu apa lagi, rebut lah peluang yang masih ada, siapa sangka ini mungkin rezeki anda, dan bersainglah secara sihat,,apa apa pun selamat mencuba :)

#IN SHAA ALLAH kalau ada rezeki untuk memenangi iphone 5s ni, saya sangat rasa bersyukur...

6 comments:

  1. saya baru join kontes ni sebentar tadi..sama-sama kita menuju ke puncak kemenangan iPhone 5s idaman realiti iPhone 5S Gajet Impian Setiap Blogger menjadi kenyataan..

    ReplyDelete
  2. Gudluck! Salam perkenalan dari Germany... jemput join giveaway saye kalau ade kelapangan ye... :D

    HARRY POTTER GIVEAWAY BY JINDRISSKA

    ReplyDelete
  3. Good luck. Moga ada rezeki yerrr!. Amin :)

    ReplyDelete
  4. Salam kemerdekaan kali ke-57. Semoga terpilih ke cabaran seterusnya. Insya Allah... Moga ada rezeki dapat impian iPhone 5S.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.... salam merdeka buat anda. Entri anda amat menarik dan mantap. Semoga berjaya ke cabaran seterusnya. Sudi-sudilah berkunjung ke entri contest saya jugak ya......!
    TQ...

    ReplyDelete