Sunday, 24 August 2014

Mudahnya Menjemput Rezeki

Assalamualaikum.....

Alhmadulillah, syukur kepada Allah kerana diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini, tujuan saya menulis blog kali ini hanya untuk berkongsi satu buah buku ini iaitu, mudahnya menjemput rezeki, buku ini sangat bermanafaat kepada saya, kerana kini baru lah saya tahu macam mana rezeki itu di tafsirkan.REZEKI bukanlah dalam bentuk harta semata-mata, jadi tidak benarkan jika kira kata orang kaya itu murah rezekinya, orang miskin sempit rezekinya". Orang yang akan paham akan rezeki itu akan berkata "Kita perlu bekerja kerana Allah menyuruh kita bekerja, tetapi yang memberi rezeki itu Allah". Manakala orang yang tidak faham pula akan berkata. " Yang memberi rezeki itu Allah, tetapi jika tidak bekerja mana ada rezeki". Ramai di klangan kita silap tafsirkan apa itu maksud rezeki, Tapi kalau nak tahu lebih lanjut apa yang saya perkatakan boleh lah anda membelinya, tak rugi kalau beli percya lah.

    Tahukah anda untuk mendapat rezeki sememangnya sangat mudah apabila kena caranya? Malah, sumber datangnya tidak disangka-sangka, Mudahnya menjemput rezeki merungkai rahsia mudah untuk mendapat rezeki. Ia dikongi oleh penulis yang telah mengalami 'peristiwa mendapat rezeki' daripada Maha Pemberi Rezeki dengan mekanisme yang tertentu. Ikutilah rahsianya. Petikan ini diambil dari kulit belakang buku Mudahnya Menjemput Rezeki.








Saturday, 16 August 2014

16.8.2013

Assalamualaikum readers....

Apa khabar, saya harap anda semua sihat. ok, mesti anda tertanya-tanya tarikh apakah itu, sebenarnya itu tarikh aku masuk plkn..Ok entri kali ini hanya mengimbau masa lalu di saat aq mula jejak kan kaki aku di KEM PLKN BUKIT BESAR KULIM, KEDAH. Banyak kenangan pahit dan manis aq tempuhi semasa berada di kem plkn, dan hari ni dah genap setahun aku tinggalkan kem plkn, tipu lah kalau kata aku tak rindu, walaupun dah setahun berlalu ingatan aq masih lagi menyimpan kenangan2 semasa berada di kem plkn. Aku rindu segalanya, rindu nak berkawad, rindu nak bergurau senda dengan kawan2 seperjuangan, rindu cikgu2 kat sana, bagi sesiapa yang bakal menjejakkan kaki ke kem plkn, janganlah risau, memang aku pon pada mulanya takut, sebab jauh dari family, kita x tahu lagi kawan kita macam nanti, apa yang akan kita tempuhi nanti, semua itu hanya sementara ja, gerenti masa dah dekat tamat latihan mesti hangpa semua x mau balik...aku tak tipu..tuuddiaa ayat...terkeluar bahasa kedah sikit. Kat sini lah aku belajar erti persahabtan, erti kesabaran, berdisiplin......

ok lah...aku malas nak berceloteh panjang2..jom kita layan gambar dulu..




              Komandan Kem PLKN Bukit Besar Kulim Kedah- Mejar Abdullah Sani Bin Mohamed


            







                      Barisan tenaga-tenaga pengajar kem PLKN BUKIT BESAR,KULIM KEDAH


                   

                                Hari Tamat latihan kem PLKN BUKIT BESAR KUMPLUN 3/2013







                                           Kumpulan BRAVO.. i really miss this moment :'(











Thursday, 14 August 2014

Perlembagaan Malaysia

Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan yang mengandungi 183 perkara. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.

Sejarah Perlembagaan Malaysia

Asas Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Berikutan Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya Persekutuan pertama pada tahun 1955, Tunku Abdul Rahman Putra telah dipilih sebagai Ketua Menteri Pertama. Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan langkah pertama ke arah membentuk kerajaan sendiri selepas Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada tahun 1956. Untuk tugas penggubalan Perlembagaan, kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British, penadihat Majlis Raja-Raja dan Pemimpin-Pemimpin parti.
Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk membincangkan soal penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan merundingkan tarikh kemerdekaan untuk negara. Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya tersebut telah mendapatkan pandangan parti-parti politik, persatuan bukan politik dan individu tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara ini. Dalam proses rundingcara itu, satu memorandum daripada parti Perikatan telah mendapat keutamaan. Memorandum yang disebut sebagai Pakatan Murni iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama serta persetujuan menghormati hak-hak orang lain, menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata.
Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikh kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos 1957.

Tujuan Perlembagaan
  1. Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil
  2. Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah
  3. Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat
  4. Sebagai alat untuk myelesaikan masalah
  5. Menjamin riwayat negara bangsa
  6. Menjamin keamanan dan kestabilan negara
Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 Bahagian yang mengandungi 131 Perkara menyentuh pelbagai aspek pemerintahan iaitu :

Bahagian 1 : Negeri-Negeri, Agama dan Undang-Undang Bagi Persekutuan
Malaysia adalah sebuah persekutuan yang dianggotai 13 negeri dan 3 Wilayah Persekutuan. Islam diiktiraf sebagai agama persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan harmoni. Perlembagaan adalah undang-undang utama persekutuan. Mana-mana undang-undang yang tidak mengikut Perlembagaan adalah tidak sah.

Bahagian 2 : Kebebasan Asasi
Kebebasan Asasi ialah hak yang kita miliki iaitu hak untuk hidup, kebebasan daripada perhambaan dan menjadi buruh paksaan, keseramatan di sisi undang-undang, kebebasan bergerak, kebebasan bercakap, berhimpun dan bersekutu, kebebasan agama, hak untuk pendidikan dan hak untuk memiliki harta.

Bahagian 3 : Kewarganegaraan
Seseorang itu menjadi warganegara dengan cara dilahirkan disini, berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Malaysia atau mempunyai seorang ibu atau bapa warganegara Malaysia dan tinggal secara sah di dalam negara ini untuk suatu masa yang ditetapkan. Bahagian ini juga menyatakan bagaimana seseorang itu boleh menamatkan dan dilucutkan kewarganegaraan.

Bahagian 4 : Persekutuan
Bahagian ini memberi panduan sistem kerajaan di Malaysia. Ketua utama persekutuan adalah Yang Di-Pertuan Agong yang dipilih oleh Majlis Raja-Raja untuk lima tahun. Majlis Raja-Raja dianggotai oleh kesemua Raja-Raja negeri-negeri dan Yang Di-Pertua bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja. Bahagian ini juga mewujudkan Kabinet dan Pejabat Perdana Menteri serta Parlimen yang terdiri daripada Yang Di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Bahagian 5 : Negeri-Negeri
Setiap negeri mempunyai perlembagaannnya sendiri dan badan perundangan dikenali sebagai Dewan Undangan Negeri. Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang tertentu. Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri mempunyai hak dan keistimewaan masing-masing. Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-Negeri bahagian ini menyatakan pembahagian kuasa di antara persekutuan dan negeri-negeri. Terdapat perkara yang membolehkan Parlimen menggubal undang-undang dan terdapat pula perkara yang membolehkan Dewan Undangan Negeri menggubal undang-undang. Terdapat juga perkara tertentu di mana kedua-dua boleh menggubal undang-undang.

Bahagian 6 : Peruntukan Kewangan
 Bahagian ini menyatakan bahawa kerajaan tidak boleh mengenakan cukai atau membelanjakan wang kecuali melalui kuasa undang-undang.

Bahagian 7 : Pilihan Raya
Bahagian ini menyatakan hak-hak kita sebagai warganegara untuk mengundi pemimpin-pemimpin kita. Badan yang ditugaskan untuk menjalankan kesemua pilihan raya dan menyediakan daftar pemilih dikenali sebagai Suruhanjaya Pilihanraya yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong.

Bahagian 8 : Badan Kehakiman
Bahagian ini mewujudkan sistem kehakiman di Malaysia dan menyatakan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh ditentukan oleh mahkamah-mahkamah di Malaysia. Bahagian ini juga menyatakan bagaimana hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dilantik.

Bahagian 9 : Perkhidmatan Awam
Bahagian ini mengenalpasti perkhidmatan awam di Malaysia, termasuk Pasukan Polis, Angkatan Tentera dan Perkhidmatan Pelajaran. Ia juga merangkumi anggota perkhidmatan awam seperti yang berkhidmat untuk kementerian serta kerajaan-kerajaan persekutuan dan negeri-negeri. Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan khidmat anggota perkhidmatan awam ditentukan oleh 'Suruhanjaya-Suruhajaya'.

Bahagian 10 : Kuasa Khas Menentang Kuasa Subversif dan Darurat
Parlimen mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang yang boleh membelakangi hak-hak lain dalam Perlembagaan semasa darurat atau atas sebab-sebab keselamatan awam.

Bahagian 11 : Am dan Pelbagai
Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Yang Di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa orang melayu dan peribumi Sabah dan Serawak serta memelihara kepentingan sah komuniti-komuniti lain.

Bahagian 12 : Perlindungan Tambahan bagi Negeri Sabah dan Serawak
Terdapat peruntukan khas untuk Sabah dan Serawak, contohnya perizaban tanah peribumi bagi masyarakat peribumi Sabah dan Serawak.

Bahagian 13 : Peruntukan Sementara dan Peralihan
Bahagian ini menerangkan bagaimana undang-undang yang digubal sebelum merdeka masih berkuat kuasa sehinggalah Parlimen menggubal undang-undang baru bagi menggantikan mereka.

Bahagian 14 : Perkecualian Bagi Kedaulatan Raja-Raja dan Sebagainya
Kedaulatan, kuasa, perogratif dan bidang kuasa Raja-Raja dipelihara dalam bahagian ini.

Bahagian 15 : Prosiding Terhadap Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja
Di bawah bahagian ini, prosiding oleh atau terhadap Yang Di-Pertuan Agong atau Raja-Raja harus dibawa di hadapan 'Mahkamah Khas'.

iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

Assalamualaikum......
   
   Menarik tak tengok tajuk di atas...Ok nak dijadikan cerita, semasa saya tengah  melayari facebook, sedang saya scroll ke bawah, tiba-tiba..... jeng jeng jeng, jari saya terhenti untuk saya scroll kebawah, saya ternampak sesuatu yang menarik perhatian saya, iaitu contest iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger yang dipost oleh Pen Merah.com. Pada mulanya saya ragu-ragu, betul ka ni, ada ke orang nak bagi macam tu je iphone 5s. Saya terus search, rupa-rupanya penganjurnya ialah Denaihati.com.Terus saya percaya, ini kerana saya telah mengenali blog Denaihati.com sejak dulu lagi, dulu pon dia ada juga pernah buat peraduan, tapi tidak kesempatan nak turut serta. Tapi kali ni terasa nak mengikuti pulak. hehehe. Denaihati.com untuk pengetahuan pembaca sakalian, Denaihati.com telah merangkul banyak anugerah antaranya ialah, best of best blog 2012, most creative blog 2013 dan best personal blog 2013. Denaihati.com ini sangat berguna bagi saya sabagai seorang pelajar, ini kerana banyak informasi dan isu isu samasa yang berlaku dapat saya gunakan.

   Ok2, tanpa bercakap panjang lagi, saya nak tulis la serba sedikit, kenapa saya inginkan iphone5s ini, first sekali, sebagai student, course yang saya ambil ini, memerlukan saya untuk mencari banyak informasi tentang dunia politik dan isu semasa yang berlaku di Malaysia mahupun di luar Negara, sebabnya, sekarang saya mampu memiliki handphone tiruan ja, tak mampu nak beli yang original. Memang memang sangat susah dan sangat lambat untuk saya nak mencari informasi jika saya berada dalam kelas or tempat yang susah untuk saya mengangkut saya punya laptop untuk berinternet, kadang kadang handphone saya tu cepat hang, bukan itu saja ia dapat menyenangkan saya untuk mengupdate blog, tapi dengan adanya iphone 5s ini, ia memudahkan saya untuk mengakses internet dengan lebih laju dan tidak lambat. Memang selama ini saya telah menaruh impian untuk memiliki iphone 5s ini, saya sangat berharap untuk mendapatkannya. Saya harap impian saya menjadi kenyataan. Aminnn...Banyak kelebihan yang terdapat dalam iphone 5s ini. Antaranya ialah:








Ketahanan rangka iphone
Apple telah mempertingkatkan kualiti bahan bagi iphone 5 ini dan mengaplikasikan teknologi terkini bagi memastikan iphone 5 ini jauh lebih tahan lasak terhadap hentakan dan gegaran. Banyak ujian yang dilakukan mengesahkan iphone 5 lebih tahan lasak dan tidak mudah rosak/pecah berbanding telefon pintar jenama lain.

Skrin yang lebih besar dan terang
Skrin 4-inci baru membolehkan anda melihat banyak maklumat pada sekali gus. Dan paparan kini 18% lebih cerah daripada paparan pada iPhone 4S.

Design yang lebih menarik
iPhone 5 memberi rasa elegan dan menarik apabila dibawa ke mana-mana. Skrin layar yang dipertingkatkan kepada 4 inci dan ianya jauh lebih ringan daripada keluaran terdahulu. Iphone terbaru ini kelihatan lebih nipis, curve yang menarik dan yang paling penting ia telefon pintar paling seksi di pasaran.

Pemproses (processor)
Anatara kelebihan iphone 5 ialah ia menggunakan pemproses berkuasa tinggi iaitu Dual Core A6 yang mempunyai kuasa 2 kali ganda lebih pantas dari pemproses iphone 4s.

Kelajuan Rangkaian Lebih Hebat
IPhone 5 telah terbina dalam teknologi wayarles LTE yang menghubungkan kepada rangkaian lebih cepat. Apatah lagi pengumuman SKMM yang mengatakan lesen LTE sudah diumumkan (akan disiarkan dalam artikel berikutnya). Ini menjadikan muat turun e-mel dan melayari laman web supaya lebih cepat. Kebanyakan muka surat dan e-mel boleh diakses hampir serta-merta. Saya mendapati iPhone 5 (yang sudah diuji) mempunyai ciri ‘Simpan’ untuk membolehkan kita membaca muka surat pada mod offline.

Peningkatan Audio Terutama Pembesar Suara
iPhone 5 mempunyai tiga mikrofon di bawahnya dan teknologi menyahbunyikan latar belakang yang bising ketika kita bercakap. Saya sudah perasan peningkatan kualiti dalam panggilan ketika meletakkannya dalam mod ‘loudspeaker’. Dan jika anda merancang untuk memilih menggunakan fon telinga anda, maka saya mempunyai berita baik. Apple juga memasukkan fon telinga yang baru direka. Fon telinga tersebut lebih selesa berbanding sebelum ini dan muat di telinga anda secara lebih semula jadi. Iajuga datang dengan kasing plastik.
Kamera
Kelebihan iphone 5 iniyang keempat ialah menyediakan kamera yang jauh lebih canggih di mana kamera utama di bahagian belakang berkemampuan 8 megapixel dan dilengkapi dengan mode panorama dan berkemampuan megambil gambar 40% lebih pantas berbanding iphone 4/4s


FaceTime Tanpa WiFi Saja
Anda kini boleh menggunakan FaceTime melalui sambungan selular dan tidak hanya bergantung kepada WiFi semata-mata. Ini bermakna bahawa anda tidak lagi perlu mencari hotspot WiFi sebelum anda boleh memanggil seseorang melalui FaceTime.

Peningkatan Aplikasi E-mel
Aplikasi e-mel telah bertambah baik dalam beberapa cara untuk membuatkan anda lebih cekap. Sebagai contoh, kini terdapat folder e-mel VIP di mana anda boleh melihat semua mesej anda yang paling penting dalam satu senarai tunggal. Ini membolehkan anda untuk membalas e-mel yang paling penting dulu sebelum anda melalui e-mel keutamaan yang lebih rendah.

Pilihan Ciri Panggilan
Anda kini mempunyai lebih banyak kawalan ke atas bagaimana untuk mengendalikan panggilan masuk. Anda boleh menolak panggilan tetapi menghantar mesej teks yang telah ditetapkan kepada orang itu, atau anda boleh menambah satu peringatan untuk memanggil mereka semula kemudian.

Integrasi Facebook dan Twitter Lebih Mendalam
Anda boleh mengakses Facebook dan Twitter dari pelbagai aplikasi lain pada iPhone 5 anda dan kemaskini status catatan dengan hanya beberapa klik.

Aplikasi Passbook
Aplikasi Passbook membolehkan anda untuk menyimpan pelbagai tiket pelbagai di satu tempat. Anda boleh menyimpan pas, tiket filem, dan banyak lagi jenis tiket di dalam app Passbook anda dan mendapatkannya semula kemudian. Kod bar untuk tiket ini boleh diimbas. Malah, Passbook juga dicipta berdasarkan masa dan lokasi juga. Bermakna tiket kapal terbang anda akan muncul di skrin serta merta sekiranya anda baru menjejakkan kaki lapangan terbang.

Peningkatan Siri (Pembantu Maya anda)
Siri kini memahami lebih banyak soalan berbanding sebelum ini. Dia boleh membantu anda dengan mencari restoran yang baik, menghantar e-mel kepada seseorang, menambah peringatan kalendar, dan banyak lagi. Semoga Siri bertambah baik dan memahami sesuatu perkara mengenai negara ini.

Ketahanan Bateri
Kemampuan bateri iphone 5 ini telah dipertingkatkan di mana ia mempunyai kemampuan sehingga 225 jam dalam mode standby berbanding iphone 4s yang hanya mampu bertahan 200 jam sahaja dan ia dapat bertahan 8 jam sekiranya anda ada menggunakan telefon ataupun internet.

4G LTE
Iphone 5 menyediakan sokongan platorm 4G LTE d mana ia menyediakan prkihdmatan internet yang jauh lebih laju.









Tugasan Pertama Cabaran iPhone 5s
  1. Menulis satu entri sebagai tiket untuk ikut serta contest dengan tajuk “iPhone 5s gajet impian setiap blogger”
  2. Pengisian entri adalah bebas tetapi mesti kreatif dan mengikut cara penulisan blog yang betul dengan memasukan :
    • Satu backlinks kepada blog Denaihati.
    • Entri mesti tidak kurang daripada 300 perkataan.
    • Senaraikan semua blog penaja dengan backlinks. Dapatkan senarai penaja di SINI.
  3. Tarikh terakhir menulis entri cabaran iPhone 5s adalah pada 11.59 pm, 24/8/2014.
  4. Peserta diwajibkan meletakan satu banner Denaihati di mana-mana posisi di blog anda. Pilihan banner Denaihati boleh didapati di SINI.
  5. Sila tinggalkan entri cabaran iPhone 5s di SINI.
Semua peserta akan diberi masa dan peluang yang mencukupi untuk bersaing bagi memiliki gajet impian iPhone 5s. Semua penaja juga layak untuk menjadi peserta cabaran iPhone 5s.
Hadiah Cabaran iPhone 5s
Hadiah Utama : Tiga unit iPhone 5s 16GB untuk tiga pemenang
Hadiah saguhati : Wang Tunai akan diumumkan jumlah dan katogeri di entri yang lain.
nak maklumat lebih lanjut sila lah layari laman web ini...  http://denaihati.com/tiga-iphone-5s-untuk-dimiliki
Tunggu apa lagi, rebut lah peluang yang masih ada, siapa sangka ini mungkin rezeki anda, dan bersainglah secara sihat,,apa apa pun selamat mencuba :)

#IN SHAA ALLAH kalau ada rezeki untuk memenangi iphone 5s ni, saya sangat rasa bersyukur...